Catatan

Aplikasi : Money Goal.

Imej
Apa itu Money Goal?  Money Goal merupakan aplikasi di mana anda boleh menetapkan sasaran anda, peratusan pencapaian,tarikh matang, jumlah pendapatan dll. Gambar di atas merupakan paparan muka hadapan aplikasi tersebut. Untuk menetapkan sasaran anda, sila klik ikon "My Goals" dan anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah. Untuk menambah sasaran anda, klik butang tambah di bawah tu. Manakala untuk edit sasaran anda, klik pada sasaran kemudian butang panah (dalam bulatan merah). Setelah menetapkan sasaran, semuanya selesai. Selamat mencuba. Sebarang soalan, boleh komen di sini. Akan dijawab dengan seberapa segera. 

Mari berhibur : Joget Ambuyat.

Tiada apa-apa mau di post so aku upload la video clip ni. Selamat berhibur. Credit to Generasi Kadayandotcom

WP Labuan (Intro)

Imej
Bagi mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki ke Labuan, aku ucapkan selamat datang. Banyak tempat menarik di sini untuk anda lawati. Soal pengangkutan? Jangan risau. Anda boleh saja pilih samada menaiki teksi, bas, grab atau kereta sapu. Atau jika anda membawa kenderaan sendiri ke sini, isi saja minyak sebanyak mungkin dan mulakan pemanduan kerana kebanyakan stesen minyak tertumpu di kawasan bandar dan pastinya anda tidak mahu menolak kereta anda ke stesen minyak berdekatan  kan? Hehehehehe. Tol? Memang tiada so boleh abaikan saja.  Soal hotel atau homestay belambak di labuan ni. Pilih saja. Orang tua sakap, tepuk poket tanya dompet. Ini dulu sebagai intro. Video di atas hasil oleh Welson Aerial Videographer . Boleh rujuk beliau kalau ada yang berminat. Video kahwin ka.

Harga baru minyak 8-14 Februari 2018.

Imej
Berikut merupakan senarai harga bagi bahan api kegunaan rakyat Malaysia bermula tengah malam ini sehingga 14/2 nanti. Malam ni boleh lah picnic sambil bertanya khabar di stesen minyak berhampiran anda. Hehehe. Kalau begini bisnes gelen la tempat isi minyak.Hahahaha.

Pekan Kuala Penyu ( Edisi Pengenalan).

Imej
Kuala Penyu (Melayu: Pekan Kuala Penyu) adalah ibu kota Daerah Kuala Penyu di Bahagian Pedalaman Sabah, Malaysia. Penduduknya dianggarkan sekitar 659 pada tahun 2010 dan bertambah setiap tahun dengan etnik Dusun Tatana sub-kumpulan membentuk kumpulan etnik terbesar . Kuala Penyu terletak di Semenanjung Klias, yang pernah asalnya diliputi dengan hutan paya bakau. Banyak hutan paya bakau telah musnah oleh pemaju tanah yang kemudian menyedari bahawa tanah adalah terlalu berasid untuk menyokong minyak sawit. Terdapat juga tanaman lain seperti kelapa sawit, getah, padi dll. Ini bermakna warga Kuala Penyu tidak hanya bergantung kepada satu sumber tanaman sahaja.  Selain pertanian, ada juga warga Kuala Penyu yang menjadikan hasil laut sebagai sumber pendapatan terutamanya bagi mereka yang tinggal berhampiran laut.  Nantikan episod lain akan datang..... Boleh komen kalau ada yang terkurang ya kawan-kawan.